Nasihat saya tidak semestinya PM terima - Tun Daim
Astro Awani
Oktober 31, 2018 06:30 MYT
Oktober 31, 2018 06:30 MYT
Biarpun memegang jawatan sebagai bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, namun Tun Daim Zainuddin menjelaskan pandangan dan nasihat yang beliau berikan tidak semestinya diterima oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penjelasan beliau itu sekaligus menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa banyak keputusan diperingkat awal pembentukan kerajaan Pakatan Harapan dibuat di Menara Ilham berbanding di Putrajaya.
"Kita di sini (Menara Ilham) bila menang, belum ada kabinet, Dr Mahathir kata lebih baik ada satu pasukan yang ada pengalaman untuk meneliti apa yang berlaku ketika kerajaan dahulu.
"Dr Mahathir nak cepat, jadi bila kita teliti kita serah kepada perdana menteri dengan pandangan sekali, jadi itu timbul cerita konon Menara Ilham buat keputusan, mana boleh, yang buat keputusan tu kerajaan," katanya dalam program Perspektif Tun Daim yang akan disiarkan pukul 9 malam nanti.
#Daim Zainuddin
#kabinet
#Kuala Lumpur
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Menara Ilham
#Pakatan Harapan
#Putraja