Nasib sepatu di tangan pereka fesyen
Zaihani Mohd Zain
Mac 29, 2019 17:32 MYT
Mac 29, 2019 17:32 MYT
BILA mengadakan pertunjukan fesyen, pereka-pereka mesti mempersembahkan rekaan-rekaan mereka secara total.
Baju, solekan, dandanan rambut, aksesorinya lazimnya dah okey tapi bila tengok pada kasutnya, gagal segagalnya!
Kenapa kasut sering jadi ‘an after thought’?
Pada peringkat proses rekaan lagi, pereka sepatutnya sudah fikirkan keseluruhan look.
Ini disebabkan kesemua elemen didalam rekaan tersebut berkait dan datangnya dari satu sumber penceritaan.
Adalah salah jika salah satu elemen terkeluar tajuk. Sebagai seorang pereka, anda tidak boleh ‘ignore’ tuntutan rekaan ini.
Akan cacatlah look yang dipersembahkan nanti jika bila mana mana satu elemen didalam rekaan diabaikan.
Kasut-kasut milik peragawati kebanyakannya jenis platform. Bukan semua jenis rekaan baju sesuai dilengkapkan dengan kasut platform.
Lagipun kasut platform is so 80’s. Nampaknya kita masih lagi 30 tahun kebelakang. Tidak up to date langsung.
Satu contoh, untuk busana tradisional, lebih tepat dan manis jika dipadankan dengan kasut ‘slip on’ dengan tumit yang sederhana tinggi.
Keadaan kasut milik setengah peragawati ini pun amat sedih. Setengahnya nampak sangat dah lama, penuh calar.
Tumitnya pula senget dan akan runtuh bila bila masa. Sakit mata, sakit hati, sakit jiwa bila berhadapan dengan keadaan begini.
Kepada semua pereka yang membuat persembahan fesyen, tolonglah jangan buat kesalahan ini.
Kalau anda boleh membayar perkhidmatan seorang stylist untuk menata gaya rekaan fesyen anda, pastikan elemen kasut tidak dilupakan.
Juga saya tujukan nasihat ini kepada peruncit-peruncit. If you want to be involved in any of these fashion weeks, then you must get into the mind of a designer and present your wares accordingly, appropriately.
Secara tidak langsung, persembahan-persembahan fesyen ini akan memberi impak kepada tetamu yang hadir.
Kalau salah padan berlaku, maknanya ini juga satu keadaan salah promosi nilai.
* Zaihani Mohd Zain merupakan pengulas dan pengkritik fesyen.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.