Nasib anak yatim akibat COVID-19 dibela - Siti Zailah

Bernama
Oktober 10, 2021 21:46 MYT
Siti Zailah berkata kementerian telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah bagi memastikan nasib mereka terbela dan termasuk tidak tercicir dari segi pendidikan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA KRAI: Sebanyak 4,696 orang anak yatim atau yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 dikenal pasti di seluruh negara setakat September lepas, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Beliau berkata kementerian telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah bagi memastikan nasib mereka terbela dan termasuk tidak tercicir dari segi pendidikan.
Katanya, pihak kementerian memberi peluang kepada waris dan keluarga terdekat anak yatim terlibat untuk menjaga mereka.
"Namun sekiranya tidak ada waris yang boleh menjaga mereka, kementerian ada 36 institusi kanak-kanak dan daripada jumlah tersebut tujuh kita khaskan kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa serta tiada waris," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Tinjauan dan Pemantauan Mengenai Penyampaian Perkhidmatan Kebajikan di Dabong, di sini hari ini.
-- BERNAMA
#anak yatim #yatim piatu #COVID-19 #Siti Zailah Mohd Yusoff
;