Nama dan logo PKR sudah tiada di laman sesawang Liberal International

Bernama
November 5, 2023 09:00 MYT
Semakan terkini di laman sesawang organisasi itu mendapati nama dan logo PKR yang sebelum ini tersenarai bersama beberapa parti atau pertubuhan lain bagi negara-negara Asia sudah tiada.
KUALA LUMPUR: Nama dan logo PKR sudah dikeluarkan daripada laman sesawang Liberal International, sebuah organisasi berdaftar yang berpangkalan di London.
Semakan terkini di laman sesawang organisasi itu mendapati nama dan logo PKR yang sebelum ini tersenarai bersama beberapa parti atau pertubuhan lain bagi negara-negara Asia sudah tiada.
Setakat 3.40 petang ini, hanya tujuh parti atau pertubuhan membabitkan Asia masih berada dalam senarai di laman sesawang Liberal International.
Semalam, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo parti itu dikeluarkan daripada laman sesawang organisasi berkenaan.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital itu, PKR tidak pernah menjadi ahli pertubuhan antarabangsa tersebut.
-- BERNAMA
#nama logo PKR #Liberal International #Fahmi Fadzil #laman sesawang