NAM: Dr Mahathir tiba di Pusat Kongres Baku
Hasimi Muhamad
Oktober 25, 2019 14:53 MYT
Oktober 25, 2019 14:53 MYT
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Pusat Kongres Baku kira-kira 10.15 pagi waktu tempatan (2.15 petang waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18, di sini.
Dr Mahathir yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba bagi menyertai pemimpin dari lebih 29 negara sempena majlis pembukaan sidang kemuncak yang dijadual bermula pada jam 1 tengah hari waktu tempatan.
Ketibaan beliau disambut oleh Presiden Azerbaijan, Ilyam Aliyev.
Turut sama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Antara pemimpin lain yang hadir adalah Presiden Iran, Hassan Rouhani; Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan; dan Presiden Presidium Supreme People’s Assembly (SPA), Choe Ryong-hae.
Sidang Kemuncak NAM kali ini bertemakan "Berpegang Kepada Prinsip Bandung Bagi Memastikan Tindak Balas Konkrit dan Mencukupi Terhadap Cabaran Kontemporari Dunia."
Dr Mahathir dijangka menyampaikan ucaptama pada pukul 7.30 waktu Malaysia.
BACA: PM tiba di Azerbaijan bagi hadiri Sidang Kemuncak NAM ke-18
#Azerbaijan
#Baku
#Mahathir Mohamad
#NAM
#Perdana Menteri
#PM
#Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali