“BUKAN tak nak niaga, tapi bab satu kena ada modal. Mana nak cari duit?”
Seorang anak muda bertanya dengan nada yang mencabar seolah ia suatu common sense.
Kami baru sahaja selesai dengan majlis pelancaran program Protégé oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan kenyataan yang dibuat Menteri iaitu “Kenapa para graduan hanya berminat menjadi pencari pekerjaan dan bukannya pencipta pekerjaan?” masih panas diperdebatkan antara anak muda yang duduk di barisan belakang saya.
Program Professional Training and Education for Graduating Entrepreneurs ataupun singkatannya, Protégé merupakan pembaharuan kepada program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk melatih graduan mencari pekerjaan termasuk menggalakkan belia menceburi bidang keusahawanan sebagai alternatif punca pendapatan.
Di sidang akhbar kemudiannya, antara soalan pertama yang diunjurkan ialah: “Selepas tamat latihan keusahawanan, adakah kerajaan akan memberi geran kepada graduan yang ingin memulakan perniagaan?”
Walaupun bagi saya, jawapan menteri amatlah munasabah, bagi ramai yang hadir ketika itu, ia dianggap jawapan yang berwaspada dan noncommittal dari Kementerian: “Memang tidak ada peruntukan geran untuk usahawan Protégé tapi tak ada yang mustahil. Sekiranya ia idea bisnes yang cemerlang, tidak mustahil kami akan mencari bantuan yang diperlukan.”
Bilik seperti hanya kedengaran degupan jantung buat seketika. Pendek kata, jawapan menteri bukanlah seperti yang diharapkan.
Adakah payah untuk memahami yang pemberian ganjaran tidak semestinya mendatangkan manfaat terutama sekali berkenaan hal keusahawanan.
Geran untuk bisnes kebanyakan masa akan mengaburkan keupayaan sebenar bisnes tersebut. Paling dikesali adalah ia seakan memberi mirage ataupun ilusi perlindungan kepada bisnes untuk bertahan lebih lama.
Sekuriti palsu yang kononnya akan memberi masa dan kelebihan kepada usahawan sebenarnya bertindak melemahkan ketabahan dan kecekalan usahawan.
Pencarian modal untuk bisnes adalah induksi kepada perjalanan keusahawanan dan kebarangkalian untuk berjaya bagi seseorang usahawan akan tampak nyata apabila beliau mengesahkan kebolehan diri mengumpul dana sebagai modal perniagaan.
Hanya dari keadaan terdesak akan lahirlah motivasi yang konsisten untuk terus menempuhi cabaran.
Tidak sah seseorang dipanggil usahawan sekiranya disuap penyelesaian dan solusi dari hari pertama.
“Jadi, apakah ada banyak saluran untuk mencari modal? Bukannya bank nak dengar masalah kami?!” anak muda tadi masih keras mempertahankan pandangannya.
Memang benar, selera bank mungkin lebih konservatif di iklim ekonomi yang mencabar, tetapi kini telah pun wujud pelbagai cara untuk mengumpul dana.
Tidak luar biasa untuk mendapat bantuan kewangan dalam talian menerusi platform di mana pelabur berkumpul untuk memberi sokongan kepada idea inovatif ataupun kepada individu yang pada mereka memang berkaliber untuk sukses.
Dari kickstarter.com ke indiegogo.com ke quirky.com; semuanya memberi peluang untuk menguji idea beserta pelan pelaksanaan – sekiranya ia idea yang hebat dan dipertahankan dengan kempen ‘penjualan idea’ yang autentik, masakan ia akan gagal.
“Saya ni mudah je.. takde idea bisnes yang tinggi-tinggi. Saya nak jual makanan tradisional; buka food truck je – takkanlah nak naik kickstarter?” kedegilan anak muda ini berterusan.
Bisnes food truck? Dah tengok tawaran Skim-Pembiayaan-Food-Truck daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNS)?
Kepalanya digeleng.
Kalau usahawan tidak mencuba, memang sah tidak mempunyai ramuan kejayaan utama iaitu ‘usaha’.
Jangan nak salahkan ketidakwujudan geran/bantuan/sokongan/galakan. Semuanya alasan nak cover tak cuba untuk berusaha.
Minggu depan: Tak rugi untuk mencuba keusahawanan!
Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Eksekutif di GEMA iaitu sebuah NGO berdaftar dan antara usaha GEMA adalah membolehkan pemindahan teknologi dengan para usahawan kecilan.
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Low Ngai Yuen
Sat Feb 23 2019
Bisnes food truck antara pilihan anak muda untuk memulakan bisnes. -Gambar fail
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Peniaga trak makanan lega dibenarkan beroperasi dalam normal baharu
Pengumuman itu satu kelegaan buat peniaga berkenaan yang berdepan dengan risiko kerugian sejak 18 Mac lalu.
Perintah Kawalan Pergerakan: 'Food truck' tidak dibenar beroperasi di Kuala Lumpur
Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan memutuskan bahawa tiada operasi 'food truck' dibenarkan di sekitar wilayah itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.