Pihak agensi Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) tidak menghalang mana-mana pihak untuk memberi cadangan atau mengkritik agensi terbabit berhubung sistem bayaran balik pinjaman.
Itu tegas pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan yang berharap saluran yang betul iaitu melalui Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) yang disediakan di laman web rasmi PTPTN menjadi pilihan rakyat Malaysia bagi mengemukakan idea mereka.
Jelasnya, tindakan orang ramai menggunakan laman sosial seperti aplikasi Facebook, Twitter dan WhatsApp bukan sahaja merugikan mereka, malah PTPTN sendiri.
Menurut Wan Saiful, PTPTN hanya dapat menilai dan menerima cadangan yang bernas yang mampu memberi manfaat kepada semua pihak jika ia disampaikan melalui saluran rasmi yang disediakan.
"Saya rasa boleh untuk keluarkan pandangan melalui Facebook, WhatsApp semua tetapi kita berikan satu saluran yang rasmi untuk mereka memberi pandangan yang boleh dipertimbangkan.
“Cakap melalui WhatsApp, Facebook ada faedahnya dari segi komentar atau cetuskan perdebatan tapi dari segi maklumat (ia) tidak sampai ke PTPTN, itu merugikan.
“Jadi saya minta selepas kita 'berperang' dalam WhatsApp, 'bergaduh' dalam Facebook, tolonglah lawat laman web kita, tolong datang sesi townhall untuk bagi pandangan," katanya.
Wan Saiful berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan zakat dalam Program Jelajah Ramadan PTPTN Prihatin di pusat khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerlun.
Sementara itu, mengulas mengenai beberapa cadangan yang dikemukakan berkenaan sistem atau kaedah pembayaran balik pinjaman, beliau berkata pihaknya bersedia menerima pelbagai cadangan.
Katanya, ia termasuk cadangan oleh penganalisis ekonomi, Profesor Dr Madeline Berma yang mahu insentif diberikan kepada para peminjam agar tidak wujud sebarang masalah dari segi kutipan balik pinjaman.
"Kita kumpul pandangan itu dulu, macam saya sebut tadi saya perlu amanah dengan semua pandangan yang ada, ada orang bagi pandangan amat baik untuk PTPTN, ada yang kita rasa tidak selesa untuk kita laksanakan tapi kita tak boleh kata jangan bagi pandangan.
“Jadi dalam keadaan semua orang bagi pandangan, kita kumpul dulu,” katanya lagi.
Baru baru ini, isu melibatkan PTPTN kembali menjadi polemik dan perbualan apabila wujud pihak yang mencadangkan supaya kerajaan menyekat semula perjalanan keluar negara membabitkan peminjam yang culas untuk membayar balik pinjaman.
Salim Aziz
Sun May 19 2019
Menurut Wan Saiful, PTPTN hanya dapat menilai dan menerima cadangan yang bernas yang mampu memberi manfaat kepada semua pihak jika ia disampaikan melalui saluran rasmi yang disediakan. - Gambar fail
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
PTPTN akan keluar kenyataan rasmi berhubung cadangan henti pembiayaan - Zambry
Zambry berkata, PTPTN akan berbuat demikian setelah meneliti beberapa aspek dan faktor secara menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.
Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.
Rebut insentif diskaun bayaran balik PTPTN hingga 31 Mei
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru peminjam supaya memanfaatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman hingga 20 peratus yang ditawarkan oleh agensi itu hingga 31 Mei ini.
Pemegang saham YNH lulus cadangan jual aset RM422.5 juta
Pelupusan aset itu akan mengukuhkan lagi lembaran imbangan kumpulan dan membolehkannya mendapat ruang bagi pembiayaan projek-projek lain.
Lebih 500,000 peminjam PTPTN tidak pernah buat bayaran balik pinjaman
Seramai 539,284 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membuat bayaran balik setakat 30 Sept lepas, menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Kadar Asas Standard akan ganti Kadar Asas bermula Ogos 2022 - BNM
Kadar Asas Standard akan menggantikan Kadar Asas sebagai kadar rujukan bagi pinjaman runcit berkadar terapung baharu.
Bayaran balik pinjaman isi rumah cecah 93 peratus separuh kedua 2020
Golongan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan terus berdepan kesukaran kewangan dengan penampan kewangan yang rendah dan leveraj yang ketara lebih tinggi.
PERMAI: Peminjam MARA boleh mohon penjadualan semula, moratorium pinjaman
Peminjam kemudahan pinjaman pelajaran MARA boleh memohon penjadualan semula atau moratorium bayaran balik pinjaman sehingga 31 Mac 2021.
PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP
Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.