Nak bercuti ke Langkawi? Ini SOP, garis panduan yang perlu dipatuhi

Astro Awani
September 9, 2021 19:10 MYT
Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pulau Langkawi akan boleh mula dikunjungi lebih ramai pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.
Bagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat.
"Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi," katanya dalam sidang media hari ini.
BACA: Perlu mohon kebenaran PDRM untuk melancong ke Langkawi - Nancy
Berikut beberapa SOP yang perlu dipatuhi mereka yang bercadang bercuti ke Langkawi:
i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;
ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;
iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;
iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;
v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;
vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk: Kerajaan Khamis lalu bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun pembukaan sektor itu berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
#cuti #pulau langkawi #pelancongan #Nancy Shukri #Pelan Pemulihan Negara
;