Nak akad nikah? Ini antara lima perkara dalam sidang media harian PKPB hari ini

Hasimi Muhamad
Jun 2, 2020 14:15 MYT
Perkembangan semasa berhubung prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)di negara ini diteruskan dalam sidang media, hari ini. - Gambar hiasan
Perkembangan semasa berhubung prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)di negara ini diteruskan dalam sidang media, hari ini.
Beberapa perkara baharu telah diputuskan oleh kerajaan dan diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media tersebut.
INI ANTARA TUMPUAN HARI INI
1. Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 72,146 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.
2. Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Pendidikan menjadi penyelaras kepada tadika-tadika di seluruh negara.
Kerajaan bersetuju membenarkan baki Taska sebanyak 6,696 dibuka dan beroperasi mulai sekarang. Pihak Taska boleh merujuk SOP melalui laman Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3. Sebanyak 229 kenderaan di arah berpatah balik atas cubaan rentas negeri tanpa kebenaran.
4. Sesi penggambaran filem, drama dan iklan dibenarkan bermula pada 10 Jun 2020, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk penjarakan sosial.
5. Membenarkan rentas negeri untuk majlis akad nikah dengan syarat perlu mendapatkan kelulusan PDRM. SOP sama iaitu tidak melebihi 20 orang dalam majlis tersebut.
#COVID-19 #ismail sabri yaakob #kerajaan #Malaysia #Media #menteri #Polis Diraja Malaysia #SOP
;