Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar

Astro Awani
November 22, 2018 22:12 MYT
Anwar bidas kenyataan Najib
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi yang jelas.
Menurut Anwar, PH di bawah teraju Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menggariskan dengan jelas pelan serta agenda reformasi yang menekankan kepedulian rakyat dengan menjana perubahan.
“Ibarat kita pindah rumah - berselerak, kotor, habuk, najis dan semuanya di dalam dan kita kena bersihkan dulu. Itu juga terkait wawasan pembersihan.
“Kita tolak rasuah, pemunggahan kekayaan untuk golongan atasan. Ini kita kena bersihkan dan meletakkan asas awal,” kata Anwar di dalam bual bicara mingguan eksklusif AI terbitan Astro AWANI.
Video penuh:
Najib ketika dalam temubual bersama Sinar Harian pada Khamis berkata beliau tidak nampak visi yang jelas dan masyarakat tidak boleh menilai pencapaian sesebuah kerajaan hanya pada slogan ‘Malaysia Baharu’.
Sebaliknya menurut Najib, sesebuah kerajaan memerlukan dasar induk dan pelan tindakan untuk dinilai keberkesanannya.
Najib rupanya ditipu Jho Low?
#AI #Ashwad Ismail #Astro Awani #Berita Anwar Ibrahim #berita hari ini #berita Malaysia #Berita Terkini #Datuk Seri Anwar Ibrahim #Datuk Seri Najib Tun Razak #isu semasa #Mahathir Mohamad #Najib Razak #Pakatan Harapan #Parti Keadilan Rakyat #PKR
;