Najib umum tujuh projek besar di Kelantan

Bernama
Januari 20, 2013 13:31 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek tersebut merangkumi:
• Pembinaan lebuh raya Kuala Krai ke Kota Baru secara berperingkat.
• Pembinaan stadium baru.
• Menyelesaikan masalah bekalan air bersih.
• Menyediakan 3000 unit perumahan rakyat.
• Pembinaan Universiti Teknologi Mara kampus bandar dengan kapasiti 5000 pelajar.
• Pembinaan masjid terbesar di Kelantan, bernilai RM50 juta.
• Pengwujudan RapidKB bagi menyelesaikan masalah kesesakan di Kota Baru.
Najib berkata tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) nanti.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini hari ini.
#Datuk Seri Najib Tun Razak #Kelatan #tujuh projek besar
;