Najib umum penubuhan agensi khas untuk menyelenggara Projek Perumahan Awam
Hilal Azmi
Ogos 21, 2015 18:26 MYT
Ogos 21, 2015 18:26 MYT
Kerajaan mengumumkan penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN) bagi menjalankan kerja penyelenggaraan semua Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan perbadanan tersebut bagi menggantikan tugas yang sebelum ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Kaedah baru ini diyakini dapat membantu penyelenggaraan yang dibuat PBT sebelum ini yang kurang sempurna akibat kekangan kewangan.
"Perbadanan ini juga akan menjadikan penyelenggaraan untuk PPR lebih baik dan sempurna," kata beliau selepas menyaksikan pertukaran persefahaman antara Maybank dengan Perbadanan PR1MA Malaysia di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Penubuhan perbadanan ini bakal memberi manfaat kepada lebih 100 ribu pemilik rumah PPR di seluruh negara.
#Najib Razak
#pbt
#Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara
#pihak berkuasa tempatan
#PR1MA Malaysia