Najib umum pemberian geran teksi sebanyak RM5000

Astro Awani
Mac 24, 2013 09:16 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian seribu permit individu kepada pemandu teksi yang berkelayakan bagi membolehkan mereka menerima geran sebanyak RM5000.
Menurutnya, mereka yang dipilih bagaimanapun perlu menggunakan kereta jenis Proton Exora sebagai syarat utama bagi memperoleh permit berkenaan.
Katanya, langkah kerajaan itu bagi menambah pendapatan pemandu teksi yang sekian lama bergantung kepada permit syarikat.
Ikuti laporan penuh Astro Awani.
#Datuk Seri Najib Tun Razak #Perdana Menteri #SPAD #TP1MA