Najib ucap terima kasih kepada Idris Jala atas sumbangan, khidmat dalam kabinet

Bernama
Ogos 28, 2015 08:32 MYT
Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dilantik senator pada 1 Sept, 2009 dan dilantik semula bagi penggal kedua pada 3 Sept, 2012. - Gambar Fail
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan terima kasih kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala atas sumbangan dan perkhidmatan beliau dalam kabinet.
"Terima kasih atas sumbangan dan perkhidmatan anda dalam kabinet, Idris," katanya dalam akaun Twitter beliau.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, pada Khamis mengesahkan penggal kedua Idris sebagai senator akan tamat pada 3 Sept, depan.
Abu Zahar berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan, tempoh maksimum untuk seseorang menjadi senator adalah dua penggal atau enam tahun.
Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dilantik senator pada 1 Sept, 2009 dan dilantik semula bagi penggal kedua pada 3 Sept, 2012.
Dengan pelantikannya sebagai senator, Idris anak kelahiran Bario, Sarawak, telah berkhidmat sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sehingga hari ini.
#Abu Zahar Ujang #Idris Jala #Menteri di Jabatan Perdana Menteri #Najib Razak #Twitter
;