Najib ucap takziah kepada mangsa gempa di Pakistan dan Afghanistan

Hilal Azmi
Oktober 27, 2015 07:30 MYT
Angka kematian dijangka meningkat kerana kawasan paling teruk terjejas adalah terpencil dan komunikasi turut terputus. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan dan Afghanistan yang terjejas oleh insiden gempa bumi.
"Takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi di Pakistan dan Afghanistan Al-Fatihah," katanya menerusi akaun Twitter rasmi @NajibRazak.
Gempa bumi Afghanistan-Pakistan berukuran 7.5-magnitud yang berlaku pada Isnin telah menyebabkan lebih 260 orang terbunuh.
Gempa bumi berpusat di pergununan Hindu Kush yang terletak 76km selatan Faizabad.
Angka kematian dijangka meningkat kerana kawasan paling teruk terjejas adalah terpencil dan komunikasi turut terputus.
#Afghanistan #insiden #Najib Razak #Pakistan