Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk T. Rajagopalu yang meninggal dunia hari ini.

Rajagopalu, 63, meninggal dunia di Hospital Mawar, Seremban pada pukul 3.27 pagi akibat serangan jantung.

"Takziah kepada keluarga mendiang Datuk T Rajagopalu. Jasa dan bakti beliau tidak akan dilupakan," kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau.

Mendiang juga adalah bekas Setiausaha Agung MIC Kebangsaan, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Padang dan Port Dickson serta bekas anggota Exco kerajaan Negeri Sembilan dan peguam.