Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa letupan di Tianjin

Bernama
Ogos 14, 2015 07:33 MYT
Beberapa kenderaan dilihat dijilat api dalam kebakaran besar-besaran di daerah Binhai di Tianjin, China. - Reuters
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terjejas dalam kebakaran besar di sebuah gudang di bandar pelabuhan Tianjin, utara China, Rabu lepas.
"Ingatan dan doa saya untuk keluarga dan rakan mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian letupan di Tianjin.
"Takziah saya yang mendalam untuk rakyat China," kata Najib menerusi catatan terbaru dalam Twitternya.

My thoughts & prayers are w/ the family & friends of the lives lost & injured in the Tianjin blasts. Deepest condolences to the ppl of China

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) August 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laporan, sekurang-kurang 56 orang maut dan lebih 720 orang cedera dalam kebakaran dipercayai akibat letupan bahan peledak yang disimpan di dalam gudang di kawasan perindustrian itu.
#kebakaran #letupan #Najib Razak #takziah #Tianjin
;