Najib ucap takziah kepada keluarga Idris Jala

Bernama
Mac 23, 2016 20:27 MYT
Najib merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Seri Idris Jala (gambar) atas kematian bapanya malam tadi. -Gambar fail
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala atas kematian bapanya malam tadi.
"Takziah atas pemergian bapa anda, @IdrisJala_ . Ingatan dan doa saya bersama-sama anda dan keluarga anda dalam waktu sukar ini," kata Perdana Menteri menerusi catatan dalam Twitter beliau.
Bapa Idris Jala, Henry Jala Tamalai, 84, meninggal dunia di kediaman menantunya Datuk Seri Jacob Ridu di Poh Kwong Park, Kuching malam tadi.

Deepest condolences on the passing of your father, @idrisjala_ . My thoughts & prayers are with you and your family in this difficult time.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 23, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mendiang meninggalkan isteri Lapu Sakai @ Midang Aran, empat anak, 13 cucu dan tiga cicit.
Anak lelaki sulungnya Rubin Jala, 62, yang menetap di Australia tetapi pulang ke Kuching bulan lepas memberitahu Bernama bahawa semua anggota keluargnya termasuk ibunya dan Idris berada di sisi bapanya semasa menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira 9.05 malam tadi.
Rubin berkata bapanya meninggal dunia dengan tenang selepas sekian lama sakit.
#Henry Jala Tamalai #Idris Jala #kematian bapa idris #Najib Razak #ucapan takziah
;