Najib ucap tahniah kepada Shinzo Abe
Astro Awani
Disember 17, 2012 14:15 MYT
Disember 17, 2012 14:15 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Presiden Liberal Democratic Party (LDP) Shinzo Abe atas kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum Jepun pada Ahad.
"Tahniah kepada Shinzo Abe atas kemenangan beliau. Jepun ialah rakan Malaysia yang hebat dan saya tahu persahabatan ini akan terus terjalin dalam tahun-tahun akan datang," kata Najib dalam laman Twitternya.
Abe, 58, yang kali terakhir memimpin Jepun pada 2006 dan meletak jawatan setahun kemudian pada 2007, kemungkinan besar akan dilantik perdana menteri Jepun yang ketujuh dalam jangka masa enam tahun pada sidang khas parlimen, 26 Dis.