Najib ucap tahniah kepada Presiden baharu Indonesia Jokowi
Bernama
Julai 23, 2014 11:14 MYT
Julai 23, 2014 11:14 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Joko Widodo "Jokowi" yang dipilih sebagai presiden baharu Indonesia.
"Tahniah kepada @jokowi_do2 kerana memenangi pilihan raya presiden Indonesia. Berharap untuk memperkukuh hubungan dua hala kita dan tidak sabar untuk bertemu tuan," kata perdana menteri dalam catatan pada Twitter beliau.
Jokowi, gabenor Jakarta dan gandingannya Jusuf Kalla "JK" memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.
Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa, mendapat 2,576,444 undi atau 46.85 peratus.