Najib ucap tahniah kepada Erdogan

Bernama
Ogos 12, 2014 02:12 MYT
Erdogan bersama isterinya, Ermine, selepas memenangi pilihan raya Presiden Turki yang pertama. - Foto AFP/Adem Altan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana memenangi pilihan raya Presiden negara itu yang pertama kali dibuat secara langsung pada Ahad.
"Tahniah Erdogan kerana menang pilihan raya Presiden. Malaysia berharap hubungan lebih baik dan lebih strategik dengan Turki," katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.
Dilaporkan Erdogan yang menjadi perdana menteri sejak 2003 memperoleh kira-kira 52 peratus undi untuk dipilih menjadi presiden Turki ke-12.
Beliau dijangka mula memegang jawatan pada 28 Ogos.

Congratulations Pres Erdogan on winning the presidential elections. Malaysia looks fwd to a better & more strategic relationship with Turkey

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) August 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Najib Razak #Perdana Menteri #pilihan raya #presiden #Recep Tayyip Erdowan #Turki