Najib ucap Selamat Tahun Baharu kepada kaum Cina
Bernama
Januari 25, 2017 07:32 MYT
Januari 25, 2017 07:32 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat berbangsa Cina di negara ini.
Perdana Menteri berkata semoga tahun baharu ini membuka rahmat yang lebih baik untuk negara.
"Dalam keadaan di mana kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain, pasti kita dapat membentuk sebuah negara Malaysia yang lebih berjaya, lebih maju dalam keadaan yang lebih harmoni...Gong Xi Fa Cai!," katanya melalui video ucapan yang dimuat naik dalam laman Twitter dan Facebook beliau, malam tadi.
Perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut pada Sabtu dan Ahad ini. -- BERNAMA