Najib tinggalkan kediaman di Taman Duta untuk ke Pekan

Wan Syamsul Amly
Mei 20, 2018 03:09 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan kediaman peribadinya pada pukul 9.20 pagi tadi untuk ke Pekan bagi merasmikan mesyuarat UMNO cawangan itu.
Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan kediaman peribadinya pada pukul 9.20 pagi tadi untuk ke Pekan bagi merasmikan mesyuarat UMNO cawangan itu.
Bekas perdana menteri itu difahamkan akan menghadiri beberapa program di kawasan itu termasuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan.
Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan kediaman diiringi tiga buah kereta dan dua motosikal polis pengiring.

DS @NajibRazak keluar dari kediamannya pada kira-kira pukul 9.20 pagi dan difahamkan menuju ke Pekan, Pahang untuk menghadiri program serta mesyuarat di sana. @501Awani pic.twitter.com/wZos6dY18Q

— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) May 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar bersama wakil-wakil MIC dan MCA hadir melawat Najib.

Exco Puteri UMNO, @diraabuzahar berkata, DS @NajibRazak dalam keadaan baik dan mahu sayap UMNO itu meneruskan perjuangan dalam parti @501Awani pic.twitter.com/peItuFAA1U

— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) May 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengikut jadual, Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan dijangka tiba di kediaman rasminya di Seri Kenangan di Pekan kira-kira pukul 12 tengah hari.
Sebuah portal sebelum ini melaporkan, Najib dijadual meninjau Program Kacau Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) dan ibu tunggal daerah Pekan di pekarangan Seri Kenangan pada pukul 4.30 petang.
Malah beliau dijadualkan merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater, Bangunan UMNO Pekan pada jam 5 petang ini.
Najib juga dijadual hadir pada majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak, solat sunat tarawih di di Seri Kenangan.
Sebelum ini, Najib mendakwa nyawanya terancam dan memohon agar diletakkan dibawah program perlindungan saksi dalam siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Sentul dan menyatakan bahawa beliau dan keluarga mendapat ancaman yang jelas dan telah membuat permohonan rasmi untuk mendapatkan perlindungan saksi.
Difahamkan, ancaman tersebut diterima daripada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan dana 1MDB.
Pada Sabtu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki meminta Najib hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pada Selasa ini untuk dirakam percakapannya.
#1MDB #Azam Baki #Najib Razak #Puteri UMNO #Putrajaya #Rosmah Mansor #SPRM #Toyota #UMNO