Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan

Malik Ridhwan
Julai 4, 2018 08:43 MYT
Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 8.20 pagi. -Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.20 pagi untuk menghadapi pertuduhan.
Beliau hadir berpakaian sut biru dan disambut oleh para penyokong yang berkumpul di kompleks mahkamah.

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, 8.20am, untuk hadapi pertuduhan. DS @NajibRazak hadir berpakaian suit biru, dan disambut oleh para penyokong beliau. @501Awani pic.twitter.com/gNP5XdM6CT

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sejurus tiba, Najib terus dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Jenayah 2 untuk sebutan kes di bawah kawalan ketat pihak polis.
Peguam Negara, Tommy Thomas akan mengetuai pendakwaan.

Suasana agak kecoh apabila media berebut untuk mengambil visual DS @NajibRazak namun keadaan masih terkawal. @501Awani pic.twitter.com/jf6PdP01ei

— F.A Awani (@FirdausAzil) July 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri keenam itu terdahulu meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya pada pukul 7.37 pagi ini.
BACA: Najib dibawa keluar dari SPRM menuju Mahkamah KL
Kenderaan Proton Inspira merah yang membawa Najib diiringi enam kenderaan lain termasuk dua kereta peronda polis dan dua motosikal pengiring.
Najib ditahan SPRM pada pukul 2.35 petang semalam di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.
Najib ditahan berhubung siasatan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau dijangka menghadapi 10 pertuduhan pecah amanah berkaitan SRC International.
#1MDB #Mahkamah Kuala Lumpur #Mahkamah Sesyen #Najib Razak #penyelewengan dana #Perdana Menteri #SPRM #SRC International
;