Najib tiba di London untuk lawatan kerja

Bernama
Januari 25, 2015 13:28 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan para pelajar dan para pegawai kanan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. - Foto BERNAMA
Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Ahad untuk lawatan kerja dua hari.
Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Luton pada 3.15 pagi (11.15 pagi Ahad di Malaysia).
Mereka disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.
Najib bakal mengimbau kenangan lampau apabila mengunjungi kolej lamanya, Malvern College di Worcestershire bagi merasmikan Pusat Sains Razak pada Isnin.
Pusat berkenaan mempunyai 18 buah makmal canggih termasuk makmal pameran serta bilik-bilik persediaan tambahan.
Najib melanjutkan pelajaran peringkat menengah dari 1968 hingga 1971 di Malvern College, iaitu sekolah berasrama dan sekolah harian yang diasaskan pada 1865 dan merupakan antara sekolah persendirian terkemuka di United Kingdom.
Pusat Sains Razak dinamakan sempena nama Najib kerana mengikut budaya barat, perdana menteri dikenali sebagai Encik Razak pada masa itu.
#Ahmad Rasidi Hazizi #Lapangan Terbang Luton #lawatan kerja #Malvern College #Najib Tun Razak #tiba
;