Najib tiba di Kuala Nerus rasmikan sambutan Hari Peneroka
Bernama
Ogos 30, 2015 14:14 MYT
Ogos 30, 2015 14:14 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pukul 9.15 pagi ini untuk merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong
Badak di sini.
Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Sultan Mahmud disambut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, barisan exco negeri dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Pada majlis itu, Perdana Menteri dijangka akan menyampaikan Anugerah Keceriaan Kampung Felda, selain Anugerah Khidmat Bakti kepada bekas peneroka yang telah berkhidmat cemerlang.
Anugerah lain yang akan disampaikan ialah Anugerah Masjid Terbaik dan tokoh imam yang disenarai pendek daripada 265 masjid.
Lebih 10,000 peneroka Felda dari seluruh negara hadir menyambut Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2015 kali ini.