Najib tiba bagi mohon perkenan YDP Agong
Hakim Rahman
Mei 15, 2013 12:32 MYT
Mei 15, 2013 12:32 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah untuk mendapat perkenan cadangan barisan Kabinet baru.
Beliau tiba tepat jam 12 tengah hari dan dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai senarai barisan kabinetnya pada pukul 5 petang ini di Dewan Persidangan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Manakala Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istihadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri akan diadakan di Istana Negara jam 9.30 pagi esok.