Najib tersentuh hati mendengar keluhan mangsa banjir

Bernama
Januari 9, 2017 08:22 MYT
Najib meluangkan masa sehari suntuk mengadakan tinjauan di beberapa kawasan yang terjejas banjir dan mengunjungi pusat pemindahan untuk berjumpa dengan mangsa banjir. - Gambar Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan rasa syukur terhadap pengurusan berkaitan banjir di Kelantan dan Terengganu yang secara keseluruhannya berjalan lancar.
Beliau yang turun padang untuk meninjau keadaan dan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu semalam turut mengakui tersentuh hati apabila berpeluang bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di kedua-dua negeri itu dan mendengar sendiri keluhan mereka.
"Alhamdulillah, pengurusan banjir secara keseluruhannya lancar dan kita akan pastikan pemulihan banjir juga begitu bagi manfaat semua," katanya dalam entri terkini di laman sosial Facebooknya.
"Insya-Allah, kita akan menyalurkan bantuan terbaik mengikut apa yang mereka perlukan".
Semalam, Najib meluangkan masa sehari suntuk mengadakan tinjauan di beberapa kawasan yang terjejas banjir dan mengunjungi pusat pemindahan untuk berjumpa dengan mangsa banjir di kedua-dua negeri di Pantai Timur itu.
-- BERNAMA
#banjir #Najib Tun Razak #Perdana Menteri #syukur
;