Najib terkejut dengan serangan bom di Brussels

Bernama
Mac 22, 2016 23:18 MYT
Najib berkata serangan itu mengingatkan kepada perlunya negara-negara bersatu dan menentang ancaman ekstremisme. - Foto AFP
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut dan terperanjat dengan serangan bom di Brussels, ibu negara Belgium, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 34 nyawa hari ini.
Beliau berkata serangan itu mengingatkan kepada perlunya negara-negara bersatu dan menentang ancaman ekstremisme.
"Ingatan dan doa seluruh rakyat Malaysia untuk mangsa dan keluarga mereka," kata beliau dalam akaun Facebook dan Twitternya, malam ini.
Kementerian Luar, dalam satu kenyataan berkata Kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan bom di Brussels itu.
Media tempatan di Belgium melaporkan dua letupan berlaku di dewan berlepas Lapangan Terbang Brussels dan satu letupan di stesen subway metro.
#Lapangan Terbangan Brussels #letupan #metro #Najib Razak #Salah Abdeslam
;