Najib terima ucapan penghargaan daripada keluarga mangsa tragedi MH17

Bernama
Mac 30, 2016 23:54 MYT
NAJIB: Terima kad yang cantik ini daripada Puan Harbinder. Terima kasih atas ucapan yang sungguh indah ini. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan terima kasih kepada seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi MH17 atas ucapan indah yang diterimanya.
Ucapan itu diterima daripada Harbinder Kaur, isteri mendiang Karamjit Singh Karnail Singh, 54, seorang daripada mangsa tragedi MH17.
"Terima kad yang cantik ini daripada Puan Harbinder. Terima kasih atas ucapan yang sungguh indah ini. Perkara kecil sebeginilah yang memberi dorongan kepada saya," kata beliau menerusi catatan dalam laman Facebook dan Twitter malam tadi.
Dalam ucapan pada kad itu, Harbinder mengucapkan terima kasih kepada Najib atas sumbangan bermakna dengan memberi bantuan kewangan untuk pendidikan anaknya, Annarpal Singh.

Received this lovely card frm Mdm Harbinder.Thank u for yr kind words.It's little things like this tht motivates me pic.twitter.com/TQo4yZDNg6

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 30, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mendiang Karamjit, yang berkhidmat sebagai penasihat keselamatan dengan ExxonMobil, sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bertugas di pelantar minyak di Usan, Nigeria apabila tragedi itu melanda pada 17 Julai.
Pesawat Malaysia Airlines itu dipercayai telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu di timur Ukraine, dekat sempadan Rusia semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
#Annarpal Singh #Harbinder Kaur #Karamjit Singh Karnail Singh #MH17 #Najib Razak #Twitter Najib