Najib tak sabar tunggu PH genap 9 bulan memerintah

Astro Awani
Januari 19, 2019 14:48 MYT
Posting Naib di Facebooknya itu mendapat 42 ribu like dan 4,100 komen. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sabar menanti Pakatan Harapan (PH) genap sembilan bulan mentadbir negara seleps berjaya menyingkirkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum le-14 (PRU14) 9 Mei lalu.
Menerusi postingnya di akaun Facebook miliknya pada Sabtu, Najib secara sinis menulis PH "bakal menimang cahaya mata selepas 9 bulan berkahwin."
"Dengar khabar, 3 minggu lagi PH nak bersalin selepas 9 bulan kahwin.
"Anak laki ke perempuan?" tulis beliau yang mendapat 42 ribu like dan 4,100 komen.
Status Najib di Facebook dan ciapan beliau di Twitter semakin mendapat perhatian netizen kerana dianggap mampu membuatkan pemimpin PH tidak senang duduk.
BACA: Pakatan Harapan tak takut Najib makin popular - Mahfuz
Sebelum ini, penyokong PH sering mempertahankan kepimpinan kerajaan dengan ungkapan "baru berkahwin tak kan terus dapat anak" merujuk kritikan ketika awal-awal gabungan itu mengambil alih pentadbiran dari BN.
#Barisan Nasional #bersalin #Malaysia #Malu Apa Bossku #Najib Razak #Pakatan Harapan