Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kelancaran perhimpunan di Stadium Merdeka Sabtu lalu cerminan 'islah dan reform' yang dilakukan adalah tepat.

Kelancarannya adalah testimoni kepada kemampuan semua pihak mematuhi peruntukan dan semangat Akta Perhimpunan Aman.

Selain pujian kepada pihak berkuasa, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada pembangkang.

PM berucap merasmikan Persidangan Transformasi Perundangan berhubung keselamatan dan Hak Asasi 2013.