Najib selamat jalani pembedahan kecil di HKL
Bernama
Januari 9, 2016 17:12 MYT
Januari 9, 2016 17:12 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat menjalani pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan benigna pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari.
Kenyataan HKL menyebut Najib menjalani pembedahan itu sebagai pesakit luar, dan perdana menteri telahpun pulang ke kediamannya untuk berehat.