Najib, Rosmah bercuti di Langkawi
Bernama
Jun 17, 2018 23:03 MYT
Jun 17, 2018 23:03 MYT
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Langkawi malam semalam untuk bercuti rehat bersama keluarga di pulau legenda itu.
Difahamkan, Najib dan isteri datang bersama 13 anggota keluarga untuk bercuti selama tiga hari.
Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi Bernama malam ini berkata Najib dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi lebih kurang 8 malam semalam.
Tanpa mengulas lanjut, Nawawi berkata beliau bersama pimpinan lain UMNO Bahagian Langkawi menyambut ketibaan bekas perdana menteri itu sebagai tanda memberikan sokongan moral kepada Najib sekeluarga. - Bernama
#keluarga
#Langkawi
#Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
#Najib Razak
#Nawawi Ahmad
#Rosmah Mansor