Bekas Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan Datuk Othman Semail memberitahu Mahkamah Tinggi pada Khamis bahawa kelulusan permohonan projek solar hibrid di Sarawak oleh Jepak Holdings Sdn Bhd diputuskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan ketika itu.
Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib sama ada projek itu akhirnya dianugerahkan kepada Jepak Holdings meskipun beliau memberi pelbagai nasihat dan syor agar permohonan tersebut tidak diluluskan, saksi pendakwaan ketujuh itu menjawab “ya.”
“Walau apapun yang datuk minitkan dalam memo, suarakan akhirnya adakah projek ini dianugerahkan kepada Jepak,” soal Akram dan Othman, 58, menjawab “ya.”
Saksi itu, yang kini Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan, berkata demikian semasa perbicaraan hari ke-10 kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek solar tersebut.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor, sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tiga lokasi iaitu Lygon Cafe, Sunway Putra Mall di Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Terdahulu, ketika peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah meminta penjelasan mengenai perkataan ‘komplikated’ dalam minit bertarikh 23 Jun 2016 yang dikeluarkannya, Othman berkata beliau berpandangan tiada keperluan untuk menukar sistem genset diesel kepada sistem solar hibrid memandangkan beliau tidak pernah mendapat aduan daripada Kementerian Pendidikan berhubung pengendalian sistem itu (genset diesel).
Beliau berkata sebahagian daripada 369 sekolah di Sarawak yang dicadangkan untuk pelaksanaan projek solar hibrid itu dijangka menerima bekalan elektrik melalui sambungan ke talian grid elektrik.
“Jadi kenapa perlu nak buat solar hibrid? Timbul persoalan kenapa Kementerian Pendidikan cadang laksanakan solar hibrid di semua sekolah itu.
“Sepatutnya projek solar hibrid dilaksanakan untuk sekolah-sekolah yang terpencil sahaja sebab di Sarawak, kalau kawasan itu terpencil ia memang benar-benar terpencil. Jadi, tidak semua 369 sekolah perlu dilaksana dengan projek solar, tambahan pula Kementerian Pendidikan tidak mempunyai bajet pembangunan dan pengurusan untuk melaksanakan projek solar hibrid,” katanya.
Othman berkata Kementerian Pendidikan hanya mempunyai bajet pengurusan untuk pengoperasian serta penyelenggaraan sistem genset diesel dan sistem genset sudah lama dilaksanakan di Sarawak.
“Apa jadi dengan genset diesel kalau sistem solar dilaksana tidak dinyatakan sebab itu ialah aset kerajaan dan satu lagi, kenapa projek hanya diberi kepada Jepak sebab ada syarikat lain juga boleh sertai,” katanya.
Akberdin: Anda syorkan untuk tolak rundingan terus (antara Kementerian Pendidikan dengan Jepak Holdings), kenapa anda luahkan kekhuatiran anda mengenai projek (solar hibrid) ini walaupun perdana menteri dah keluarkan minit (untuk berikan projek solar hibrid kepada Jepak Holdings).
Othman: Perbelanjaan mengurus dan pembangunan tidak ada, jadi syarikat (Jepak Holdings) bercadang nak ambil alih kontrak semasa sedangkan kontrak itu tiada masalah dan tiada isu pun untuk (Jepak Holdings) ambil alih. Selain itu, sistem solar masih belum dibuktikan keberkesanannya… itu nasihat kita kepada pembuat keputusan dan sebab itu, kami berpandangan rancangan Kementerian Pendidikan untuk (laksana) projek solar hibrid secara rundingan terus dengan Jepak tidak wajar dipertimbangkan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 9 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020
Othman (gambar) berkata Kementerian Pendidikan hanya mempunyai bajet pengurusan untuk pengoperasian serta penyelenggaraan sistem genset diesel dan sistem genset sudah lama dilaksanakan di Sarawak. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.
Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.
ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).