Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan Syarikat Petroleum Nasional (Petronas) kehilangan hampir RM 40 bilion pelaburan asing akibat sikap sikap pihak pembangkang yang sanggup menakut-nakutkan pelabur dari Taiwan.
Najib berkata pelaburan asing dari Taiwan itu sepatutnya diperolehi untuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang Johor.
"Saya ingin bertanya, tidakkah perbuatan pembangkang ini satu pengkhianatan kepada rakyat? Tidakkah
perbuatan mereka ini satu petualangan kepada kepentingan negara?," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Najib berkata, pemimpin pembangkang bukan hanya sanggup menakut-nakutkan pelabur asing tetapi juga telah menghina penjawat awam sebagai kucing kurap.
"Pemimpin DAP jugalah yang mahu memberhentikan lebih separuh penjawat awam jika mereka memerintah negara ini." katanya.
Pada 16 November lepas, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun dilaporkan telah menggunakan gelaran 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Jeff Ooi kemudiannya memohon maaf setelah digesa berbuat demikian oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh semasa menyampaikan ucapan pada pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang.
Najib berkata dengan sikap pemimpin pembangkang yang sebegitu, adakah orang Melayu, Bumiputera dan rakyat keseluruhan hendak menyerahkan nasib dan masa depan anak cucu mereka.
"Lebih dahsyat lagi, merekalah yang tidak menghargai para perajurit serta anggota-anggota keselamatan yang bermati-matian mempertahankan tanahair, malah mahu mengiktiraf pula komunis sebagai wira bangsa," katanya.
Astro Awani
Thu Dec 05 2013
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd
Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank yang mengendali akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau pernah menawarkan diri memasak sup untuk Jho Low ahli perniagaan dalam buruan itu sakit.
Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.
Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
Keadilan yang ditangguhkan melalui kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain, kata Ketua Hakim Negara.
Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram
Mahkamah perlu menolak bukti baharu berkenaan kerana afidavit tambahan Najib itu berpandukan keterangan pihak ketiga, kata Timbalan Pendakwa Raya.
Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh
Pasukan Pembelaan tegaskan Hakim Mohd Nazlan sepatutnya mengundurkan kerana pernah bersama Maybank, yang berperanan dalam penubuhan SRC International.
Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.
Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS
Rafizi mendakwa Najib mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran rekabentuk LCS, serta kontraktor di sebalik penyiapan kapal tempur itu
Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib
Berbeza dengan UKSB, Dr Mahathir berkata, dana yang diterima Najib mempunyai paper trail dan digital footprint, malah terbukti di mahkamah.
Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International
Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Co untuk mewakili beliau dalam rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.