Najib pertahankan prestasi Malaysia sejak 2009
Astro Awani
Ogos 21, 2015 20:23 MYT
Ogos 21, 2015 20:23 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempertahankan usaha, perubahan dan kejayaan yang dicapai negara sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009.
Dalam syarahan umum Tunku Abdul Rahman ke-26, bertajuk "Kepimpinan Dalam Masa Mencabar", Najib turut memberikan komitmen untuk terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat, selain mahu rakyat bersamanya dalam menangani cabaran pada masa kini, demi kebaikan negara.
Beliau turut menggariskan kejayaan Malaysia sejak 2009 :-
Dan berikut adalah beberapa pencapaian lain:
- Di bidang sosial, Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan telah menyaksikan peningkatan kebebasan yang meluas dalam sejarah negara.
- Ini termasuk, antara lain, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dan Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.
- Memperkenalkan undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman yang meminda undang-undang untuk membolehkan komuniti pelajar Malaysia yang aktif menyertai politik.
- Perdana Menteri menjelaskan bahawa 'kebebasan hendaklah disusuli dengan tanggungjawab'."
- Di pentas antarabangsa, Malaysia mencapai kejayaan seperti terbukti apabila mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN, dan dilantik sebagai amggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
- Meningkatkan hubungan dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan China. Ini hanyalah beberapa contoh kepimpinan negara yang semakin kukuh dan berkembang di arena global.
Justeru Najib berharap rakyat bersabar dalam menghadapi cabaran dalam situasi ekonomi masa kini.