Najib perlu meneruskan gagasan 1Malaysia-- penganalisis
Astro Awani
Ogos 13, 2013 11:06 MYT
Ogos 13, 2013 11:06 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak patut menghentikan agenda 1Malaysia walaupun gagasan itu tidak disokong sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat.
Ini merupakan analisis Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak ketika mengulas cabaran 100 hari selepas kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya harap 1Malaysia ini tidak berhenti di tengah jalan," katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
"1Malaysia satu idea yang sangat baik. Tujuan ianya dipermukakan adalah sebagai salah satu pelengkap untuk membentuk satu bangsa Malaysia yand dikemukakan dengan Wawasan 2020 kira-kira hampir 20 tahun lebih yang lalu,"
Sebab itu, tambah beliau, semua rakyat perlu sokong agenda 1Malaysia kerana matlamatnya, iaitu hidup sebagai satu bangsa dengan satu destini, sangat baik.
Sila klik video untuk temubual penuh Astro AWANI.