Najib pelawa MCA sertai semula kabinet
Bernama
Mei 3, 2014 16:02 MYT
Mei 3, 2014 16:02 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa MCA untuk menyertai semula Kabinet, menjadi lebih kuat dalam Barisan Nasional (BN) dan bersama-sama membantu merangka masa depan negara.
Najib, yang juga Pengerusi BN berkata beliau akan memutuskan 'butiran lanjut' mengenai perkara itu.
"MCA tidak boleh berada di luar kerajaan. Anda perlu menjadi sebahagian daripada Kerajaan BN kerana jika anda bercakap untuk menjadi lebih kuat bersama-sama, anda perlu berada dalam kerajaan. Kita akan menentukan masa depan Malaysia," katanya.
Najib berucap di majlis pelancaran kempen transformasi MCA bertemakan 'Teguh Bersama' pada perhimpunan perpaduan parti itu di sini.
Turut hadir, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong dan pemimpin kanan parti.