Najib minta polis siasat insiden kekecohan di Jalan Petaling

Bernama
September 16, 2015 01:33 MYT
NAJIB: Saya dimaklumkan bahawa perhimpunan di KL berakhir secara aman kecuali insiden itu. PDRM (polis) perlu menyiasat. -Gambar fail
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata polis perlu menyiasat insiden kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling di sini yang berlaku di luar perhimpunan 'Baju Merah' di sini hari ini.
Perdana Menteri, bagaimanapun berkata perhimpunan yang dikenali sebagai Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok di sini, berjalan secara aman.
"Saya dimaklumkan bahawa perhimpunan di KL berakhir secara aman kecuali insiden itu. PDRM (polis) perlu menyiasat," katanya dalam akaun Twitternya hari ini.

Ws infrmed tht the rally in KL ended peacefully excpt for an incident. @PDRMsia shd invstgte. Shdn't've hppend. All mst abide by instrctns.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika perhimpunan berjalan lancar di padang Merbok, sekumpulan pserta yang didakwa daripada perhimpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.
Perdana Menteri, yang menyifatkan insiden kekecohan itu tidak sepatutnya berlaku, berkata semua peserta perlu mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.
Penganjur perhimpunan, yang diketuai oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), bagaimanapun, tidak mahu berkait dengan kumpulan itu.
Perhimpunan itu dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan BERSIH 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka di sini pada 29 dan 30 Ogos lepas.
#Baju Merah #Himpunan Rakyat Bersatu #Jalan Petaling #kekecohan #nanjib
;