Najib minta murid cemerlang UPSR hargai jasa guru, ibu bapa

Bernama
November 26, 2014 07:46 MYT
Diumumkan semalam bahawa 36,304 calon atau 7.89 peratus daripada 460,407 calon UPSR di seluruh negara memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. -Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan murid yang meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 supaya menghargai pengorbanan dan dorongan guru dan ibu bapa mereka.
Pelajar cemerlang peperiksaan UPSR yang keputusannya diumumkan pada Rabu turut mendapat ucapan tahniah daripada pemimpin negara itu.
"Tahniah kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.
"Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik anda, dan juga kepada ibu bapa yang memberi dorongan," kata Najib dalam catatan di laman sosial Facebooknya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan bahawa 36,304 calon atau 7.89 peratus daripada 460,407 calon UPSR di seluruh negara memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.
#Najib Razak #Ujian Pencapaian Penilaian Rendah #UPSR
;