Najib menghadap Agong mohon perkenan bentang Bajet 2014

Bernama
Oktober 25, 2013 10:08 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini, pagi ini bagi memohon perkenan Seri Paduka untuk beliau membentangkan Bajet 2014.
Najib yang juga Menteri Kewangan tiba pada 8.18 pagi untuk menghadap Tuanku Abdul Halim bagi mempersembahkan buku belanjawan negara itu sebelum beliau membentangkannya di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.
Perdana menteri meluangkan masa kira-kira sejam bersama Seri Paduka sebelum dilihat keluar dari perkarangan Istana Negara dengan kenderaan rasminya.
#Agong #Bajet 2014 #Belanjawan 2014 #Najib Razak
;