Najib mahu polis ambil tindakan pantas kes bunuh Kevin Morais

Bernama
September 17, 2015 11:39 MYT
Mayat Morais ditemukan dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini selepas salah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi tong itu pagi Rabu di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah. - Gambar Fail
Datuk Seri Najib Tun Razak mahu polis mengambil tindakan pantas dan menyiasat pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.
"Saya mengutuk keras pembunuhan dahysat DPP Kevin Morais. Takziah kepada keluarganya. @PDRMsia mesti mengambil tindakan cepat & menyiasat kes ini," katanya dalam akaun Twitternya pada Rabu.

I strongly condemn the outrageous murder of DPP Kevin Morais. Condolences to his fmly. @PDRMsia must take swift action & invstigte this case

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mayat Morais ditemukan dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini selepas salah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi tong itu pagi Rabu di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.
Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lepas selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
BACA: MORAIS BUKAN CALANG-CALANG PENDAKWARAYA - ADIK
#Anthony Kevin Morais #Menara Duta #Najib Razak #Putrajaya
;