Najib mahu masyarakat Malaysia lebih selamat, makmur pada 2016
Bernama
Disember 31, 2015 10:16 MYT
Disember 31, 2015 10:16 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat masyarakat Malaysia yang lebih selamat dan makmur pada tahun baru 2016.
"2015 merupakan tahun yang tidak dapat dilupakan. Matlamat saya bagi tahun akan datang adalah membentuk masyarakat yang lebih selamat, lebih makmur dan saksama.
"Menunggu ketibaan tahun 2016," kata Najib dalam akaun Twitter beliau.