Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mahu pelaksanaan Bajet 2016 dipantau bagi memastikan semua perancangan dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelaksanaan Bajet 2016 yang bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' harus dipantau dengan langkah susulan.
"Kementerian Kewangan belum habis tugas. Justeru perlu ada langkah susulan dari segi pemantauan termasuk langkah intervensi kalau ada cerutan dalam pelaksanaannya," katanya pada Majlis Malam Bajet 2016 dan Persaraan Pegawai Perbendaharaan Malaysia 2015, di sini Khamis malam.
Dalam pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober lepas, Najib menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda Bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.
Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Chua Tee Yong dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Pada majlis itu, Najib juga merakamkan penghargaan kepada pegawai Kementerian Kewangan yang memberi sumbangan dan khidmat bakti mereka dalam penyediaan Bajet 2016 dan Laporan Ekonomi 2015.
Beliau berkata bajet pada kali ini antara paling sukar untuk diolah berikutan antara lainnya adalah kerana kejatuhan ketara harga minyak dunia yang di luar kawalan kerajaan.
"Ini menyebabkan hasil negara menjunam ke paras yang di mana kita terpaksa menerima hakikat pengurangan hasil negara lebih RM30 bilion berbanding tahun sebelum ini.
"Namun, kita bersyukur bahawa kerajaan dapat menampung kejatuhan yang begitu ketara sekali kerana kita memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan melaluinya kita memperolehi hasil tambahan RM21 bilion," katanya sambil menambah bahawa ia dapat menampung kekurangan hasil kejatuhan minyak.
Justeru, perdana menteri berkata kerajaan masih mampu mempertahankan pelbagai program yang dilaksanakan sebelum ini seperti BR1M dan Bantuan Persekolahan dan pada masa yang sama dapat melaksana program baharu seperti bantuan khas kepada penoreh getah dan pesawah.
Menurutnya, semua pihak harus bersyukur kerana langkah yang diambil kerajaan menunjukkan negara berada di landasan kukuh dalam pengurusan kewangan dan fiskal negara.
"Kita telah mengambil langkah-langah berhemah serta kita juga membuat perancangan jangka masa panjang dan bertanggungjawab bukannya mengambil jalan pintas untuk mencari modal politik dengan mengambil langkah populis tetapi memberi kesan buruk kepada negara," katanya.
Bernama
Thu Nov 26 2015
Najib dalam majlis Malam Bajet 2016 dan Persaraan Pegawai-Pegawai Perbendaharaan Malaysia 2016. - Foto Bernama
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI Pertimbang Untuk Bangunkan Robot Berbentuk Manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP
Kadar caruman pekerja yang sebelum ini diturunkan kepada lapan peratus akan kembali ke kadar asal iaitu 11 peratus bagi pekerja yang belum mencecah usia 60 tahun berkuat kuasa Januari 2018.
Tiada lanjutan tempoh tawaran kurangan penalti, hapus kenaikan cukai 15 Dis
Pembayar cukai di negara ini dinasihatkan supaya segera memanfaatkan 'Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai' sebelum tempoh permohonan program berkenaan tamat pada 15 Dis.
Kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta bantu belia miliki rumah - Najib
Kerajaan negeri digalak menyediakan tanah dengan nilai premium yang rendah dalam usaha membantu merealiasikan impian golongan muda memiliki rumah pada harga mampu milik.
Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib
Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anda pelabur? Ini 3 penerangan ringkas pasaran saham pada dagangan Rabu
Di sebalik saham sektor perbankan sekitar Asia, Eropah dan Amerika Syarikat menyaksikan kejatuhan, saham perbankan tempatan dijangka kekal berdaya tahan.
CUEPACS lega, tiada pekerja diberhentikan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, CUEPACS hari ini melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri.
Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
Berikut adalah teks penuh ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pengubahsuaian Bajet 2016.
Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antaranya menyentuh tentang program biasiswa, program khas kejuruteraan dan program lepasan Bursary.
11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016, di PICC, Putrajaya hari ini.
CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam
CUEPACS menafikan akan berlakunya pemotongan elaun kepada 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional menjelang pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Khamis ini.