Najib lancar laporan tahunan Program Transformasi Nasional 2013 malam ini

Astro Awani
Mei 12, 2014 00:00 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Gambar fail
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional (NTP) 2013, hari ini (Selasa).
Program pelancaran itu akan disiarkan menerusi siaran langsung daripada Auditorium Perdana, Angkasapuri di Kuala Lumpur.
Laporan tahunan tersebut merangkumi hasil daripada inisiatif di bawah kedua-dua Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Kedua-dua GTP dan ETP diilhamkan Perdana Menteri dan di mana dilaksanakan di bawah bidang kuasa unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan (Pemandu) seiring dengan moto 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Terdapat tujuh NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) di bawah GTP.
Bagi ETP pula, ia merupakan usaha menyeluruh untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, di mana Pemandu telah menetapkan 12 NKEA atau Bidang Ekonomi Utama Negara.
Ia bakal menjadikan Malaysia lebih kompetitif terdiri daripada persaingan, standard dan liberalisasi, peranan kerajaan dalam perniagaan, pembangunan modal insan, penyediaan perkhidmatan awam, merapatkan jurang perbezaan dan melakukan transformasi kewangan awam.
Pemandu ditubuhkan secara rasmi pada 16 Sept, 2009 dan merupakan unit yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, berperanan untuk mengawasi pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah serta menyokong penyediaan dan memacu kemajuan GTP dan ETP.
#ETP #gtp #laporan #Najib Razak #nasional #NTP #Perdana Menteri #transformasi