Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-22 yang akan diadakan di sini, selama dua hari mulai 10 November.
AELM Ke-22 akan dipengerusikan oleh Presiden China Xi Jinping, dengan tema, "Membentuk Masa Depan melalui Perkongsian Asia Pasifik", menurut Kementerian Luar dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Sebelum AELM, Mesyuarat Menteri-Menteri APEC Ke-26 (AMM) diadakan di sini dari 7-8 Nov dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Memuktamad APEC (CSOM) dari 5-6 Nov.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut menyertai delegasi Malaysia ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin serta pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Perdana Menteri dijadual membincangkan tiga keutamaan APEC 2014, iaitu memajukan integrasi ekonomi serantau; menggalakkan pembangunan inovatif, pembaharuan ekonomi dan pertumbuhan; serta pengukuhan perhubungan yang komprehensif dan pembangunan infrastruktur.
Selain daripada bertukar pandangan dengan pemimpin lain berhubung isu itu, Najib juga akan meneroka idea-idea baharu dan inovatif untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam kalangan negara-negara APEC.
Perdana Menteri turut dijangka mengulangi sokongan Malaysia ke arah usaha APEC terhadap perhubungan yang bertujuan mencapai hubungan lebih baik di rantau Asia Pasifik dan mengalu-alukan Rangka Tindakan Perhubungan APEC yang akan membantu negara melaksanakan program-program yang disasarkan.
Hasil daripada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC akan didokumentasikan dalam Deklarasi Bersama Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC, menurut kenyataan itu.
Najib akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan sejawatnya pada sidang kemuncak itu, untuk membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan pelbagai hala yang mempunyai kepentingan bersama.
AELM ialah sidang kemuncak tahunan yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Kerajaan ekonomi 21 anggota Rim Pasifik, memainkan peranan penting dalam menggalakkan perdagangan dan pelaburan di rantau Asia Pasifik.
Forum APEC itu dianggap sebagai satu daripada platform utama untuk membincangkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan serantau yang pada masa sama mengukuhkan hubungan dua hala dalam kalangan negara anggota.
Ditubuhkan pada 1989, tiga matlamat utama APEC ialah membangun dan mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala; meningkatkan kesalingbergantungan dan kemakmuran negara-negara anggota; dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Bernama
Sun Nov 09 2014
Najib akan mengetuai delegasi ke Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-22 mulai 10 November. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Panduan Dasar APEC akan sediakan rangka kerja untuk negara anggota
Usaha itu bukan sahaja akan menyokong matlamat setiap negara tetapi juga menyumbang secara signifikan kepada agenda penyahkarbonan global.
Gyeongju, Korea Selatan dipilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2025
Jawatankuasa Persediaan untuk Sidang Kemuncak APEC memilih Gyeongju sebagai lokasi untuk sidang kemuncak yang dijadualkan pada November.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu keresahan akibat pemecahan ekonomi global
Mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
APEC tidak boleh goyah dalam menyokong kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Katanya, platform tersebut mesti meningkatkan manfaat perjanjian perdagangan pelbagai hala.
Dunia perlu agenda perubahan, capai kejayaan bersama - MITI
Dunia memerlukan agenda perdagangan baharu yang tidak terikat dengan klise lama.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Anwar kutuk Israel depan Joe Biden
Anwar menggunakan setiap ruang yang ada pada pertemuan tersebut untuk membangkitkan isu penindasan berterusan terhadap rakyat Gaza.
PM Anwar laung seruan selamatkan penduduk Gaza, wakili ekonomi pesat membangun di APEC 2023
Mesej PM di setiap platform mudah dan jelas - pembunuhan dan kekejaman di Gaza perlu dihentikan dan tidak ada pilihan lain lagi.