Najib kemuka permohonan dokumen 1MDB daripada Goldman Sachs

Astro Awani
November 18, 2020 10:14 MYT
Najib memohon mahkamah AS membenarkan peguamnya melihat dokumen dan kenyataan daripada Goldman Sachs sebagai persiapan berhubung kes 1MDB. -Gambar fail
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon mahkamah Amerika Syarikat (AS) untuk membenarkan peguamnya melihat dokumen dan kenyataan daripada Goldman Sachs sebagai persiapan berhubung kes 1MDB.
Menurut laporan Bloomberg, dalam pemfailan di Mahkamah Manhattan, pasukan guaman Najib memohon mahkamah untuk benarkan sepina ke atas Goldman Sachs dan bekas pengerusi Asia Tenggara syarikat itu Tim Leissner.
Leissner sebelum ini mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn dan mengaku memberi rasuah kepada pihak berkuasa di Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu untuk bank berkenaan uruskan penerbitan bon.
Goldman Sachs sebelum ini bersetuju untuk membayar denda AS$2.3 billion dan mengaku bersalah.
Menurut laporan itu lagi, jurucakap Goldman Sachs tidak memberikan respons terhadap permintaan Najib.
Peguam Leissner juga enggan memberikan komen.
#Najib Razak #1MDB #Goldman Sachs #Amerika Syarikat #Mahkamah Persekutuan #penerbitan bon #Tim Leissner