Najib ke-15 pemimpin kerajaan paling ramai diikuti di dunia melalui Twitter

Bernama
Julai 25, 2013 21:01 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tempat ke-15 sebagai pemimpin kerajaan yang paling ramai diikuti di dunia melalui Twitter, kata Twiplomacy.
Dalam laporannya hari ini, Twiplomacy berkata Najib, yang menggunakan akaun @NajibRazak, berhubung secara aktif dengan khalayak melalui kuiz dan 'sweepstakes.'
Kata laporan itu, pada Mei 2012, Najib mengajukan soalan kepada pengikutnya hadiah apakah yang patut beliau beri kepada pengikutnya yang ke-500,000?
"Beberapa hari kemudian, beliau mengundang empat pengikutnya untuk bersarapan bersamanya dan video itu beliau abadikan melalui Twitpic dan YouTube," kata Twiplomacy, kajian terkemuka global tentang pemimpin dunia di dalam Twitter.
Akaun Najib agak aktif dengan purata 3.6 tweet sehari dan gandingan lengkap 20 peratus retweet, 17 per cent @replies dan 26 peratus @mentions iaitu Barisan Nasional party @BarisaNasional and @NajibRazak.
Sejak menyertai Twitter pada 21 Sept, 2008 hingga bulan ini, akaun @NajibRazak mencatat 4,442 tweet, 1,647,682 pengikut dan 574,614 tweet yang ditweet semula.
#najib #Twiplomacy #Twitter
;