Najib jumpa Perdana Menteri bincang isu semasa

Astro Awani
September 7, 2021 23:31 MYT
Ismail Sabri berkata, Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta. - Gambar/ FB Ismail Sabri Yaakob
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya.
Menurut Ismail Sabri pertemuan dengan Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri itu bagi membincangkan mengenai cabaran ekonomi dalam dan luar negara, termasuk isu semasa berkaitan COVID-19.
“Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam pertemuan selama sejam ini, kami telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik COVID-19,” ujarnya menerusi muat naik status di Facebooknya.
Antara lain, Ismail Sabri berkata, Najib turut komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta.
Sumber Facebook ismailsabri60
#ismail sabri yaakob #Najib Razak #kunjungan #Perdana Menteri
;